Saturday

Kuliah 4:11Mei 2009 - Kajian Kepustakaan

Kajian kepustakaan (literature review) adalah sorotan ke atas bahan-bahan literature seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan. Ianya dilakukan secara kritikal ke atas poin-poin yang dikemukakan. Untuk melakukan kajian kepustakaan kita memerlukan kemahiran membanding dan membeza.

Membanding dan membeza
Bermaksud mencari persamaan dan berbezaan berdasarkan criteria seperti sifat kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.

Kemahiran ini digunakan apabila:
-terdapat 2 atau lebih cirri atau kemungkinan
-untuk membuat pilihan atau keputusan

Langkah penggunaan:
-perhatikan dan beri tumpuan kepada satu atau beberapa cirri kajian tindakan. (sampel, setting, procedure, data collection, data analysis)
-kenalpasti ciri kajian tindakan
-tentukan kajian tindakan yang akan digunakan

Analisis
-Mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami konsep dan mencari makna tersirat
-Memahami hubung kait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat
-Menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir
-Menilai
-Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah

Digunakan untuk membuat kemahiran untuk:
-memilih sesuatu idea
-menerima atau menolak sesuatu idea

Rumusan / Kesimpulan
-Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian berdasarkan kepada hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan
-Untuk membuat keputusan dan menerangkan sesuatu

Mensintesis
Gabungan idea, unsure dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan atau esei.

link : www.3metaku.com

Wednesday

Aktiviti kumpulan

8 sebab mengapa orang menentang perubahan
1. Selesa dengan keadaan sedia ada
2. Malas nak berubah
3. Pemikiran yang konsevatif
4. Membuang masa dan wang
5. Ketidakpastian hasil perubahan
6. Takut kepada perubahan/ cabaran
7. Pandangan yang berbeza daripada majority
8. Kurang pengetahuan tentang perubahan yang akan dilakukan

Cara penyelesaian
1. Menambah pengetahuan mengenai perubahan yang hendak dilakukan
2. Meyakinkan orang ramai tentang hasil positif perubahan
3. Pemikiran secara terbuka
4. Berani melakukan perubahan
5. Mengenakan system ganjaran untuk menggalakkan perubahan

Ahli kumpulan: ^_^
Chiong Ai Hua
Tiun Siew Mond
Rasyidatun Naja Isa

Kuliah 3 : 4 Mei 2009- Pengurusan Perubahan dalam Pendidikan

Konsep
-Perubahan dalam bidang pendidikan memang tidak dapat dielakkan. Kadangkala perubahan yang berlaku akan mewujudkan ketidakpastian. Dalam arena pendidikan, ketidakpastian mesti di elakkan

-Pendidikan adalah suatu bidang yang dinamik dan medium perubahan dalam pendidikan adalah melalui kajian

-Dessler (1995) menyatakan 4 jenis perubahan:
i) Perubahan ke arah peningkatan (enhancement)
-Memberi kesan ke atas struktur organisasi
-Memperkenalkan teknologi baru
-Mengadakan program pembangunan staf

ii) Perubahan strategik organisasi
-Perubahan nilai teras organisasi
-Pembentukan semula misi dan visi
-Mendefinisikan semula staf dari segi peranan, tanggungjawab dan system ganjaran

iii) Perubahan reaktif
-Perubahan dari segi prosedur dan cara layanan akibat tindak balas pelanggan dan pihak berkepentingan

iv) Perubahan akibat daripada jangkaan
-Perubahan yang perlu dilakukan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetetif

Perubahan adalah suatu yang KOMPLEKS
-Perubahan dikaitkan dengan proses EVOLUSI & REVOLUSI
EVOLUSI : Perubahan yang perlahan dan menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh masa yang panjang.
REVOLUSI : Perubahan yang pantas dan meninggalkan kesan yang membinasakan
KOMPLEKSITI : Kerumitan perubahan adalah fokus bagi mendapatkan maklumat tentang perubahan dan tindakan yang perlu diambil untuk diimplementasikan perubahan

Perubahan itu MULTIDIMENSI
-6 dimensi yang perlu difahami:
1. Tujuan perubahan adalah untuk penambahbaikan
2. Unit perubahan terdiri daripada:
-individu
-kumpulan/pasukan
-jabatan
- organisasi
-sistem organisasi
-komuniti
Unit perubahan akan berganjak daripada individu kepada organisasi
Contoh: Perubahan yang dilakukan oleh kerajaan(system organisasi) diterjemahkan dalam medium bilik darjah kerana guru yang akan mengubah pelajar (individu)

3. Sifat perubahan
Daft (1983): Untuk mengubah unit besar, perlulah mengubah unit kecil. Untuk mengubah individu, mestilah dilakukan dengan usaha mengubah sikap dan tingkah laku

4. Magnitud perubahan
Chambers (1977): Perubahan secara besar-besaran sukar diimplimentasikan.
Perubahan secara kecil-kecilan adalah lebih mudah diimplimentasikan tetapi tidak menunjukkan impak yang signifikan

5. Skop perubahan
-Skop terhadap sejauh mana penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan penilaian

6. Jangka masa perubahan
-Kotler (2001): 3 jenis perubahan yang dilalui oleh pelanggan
1. Perubahan yang berlaku secara spontan, tidak memberi kesan yang mendalam
2. Perubahan minima dikecapi setelah melalui penentangan awal
3. Perubahan yang berterusan merupakan perubahan yang stabil, progresif dan kekal
-Chambers (1977): Perubahan adalah bentuk kitaran (10-15 tahun). Setiap kitaran bermula dengan tekanan, kemudian pengubahsuaian terhadap perubahan yang diimplimentasikan.

Model-model Perubahan
Model Roger (1995) : Bila ada masalah atau keperluan, baru berlaku perubahan. Masalah mungkin berdasarkan penyelidikan keadaan semasa, kerja makmal, atau jangkaan pebangunan akan datang


Model Kanter (1998): 4 tugas inovasi:-
1. Penjanaan idea
2. Membina idea
3. Realisasi idea
4. Pemindahan idea

Model Rand
-Berman dan McLaughlin berpendapat bahawa perubahan di sekolah melibatkan 3 langkah:
1. Daya usaha (initiation)
2. Implimentasi – mesti melakukan pemantauan
3. Penggabungan – gabungan perubahan dengan amalan yang sedia ada

Model ACOT
-Berdasarkan Projek Apple Classroom of Tomorrow (ACOT)
-Mempunyai 5 langkah perubahan dalam P&P:
1. Kemasukan (Entry level)
2. Memilih (Adoption)
3. Menyesuaikan (Adaptation)
4. Penggunaan (Appropriation)
5. Mereka cipta (Invention)

Tuesday

Aktiviti 2 (kumpulan)

Refleksi ke atas penambahbaikan dalam P& P suatu tajuk.
Cadangkan 1 strategi /kaedah pengajaran untuk atasi masalah tersebut.

Topik : Enzim
Masalah: Pengajaran tradisional yang membosankan
Strategi:
- penggunaan ABM yang sesuai seperti Lego
- rancangan pengajaran yang lebih menarik. Contohnya, "cooperative learning"
- mengaitkan isi pengajaran dengan kehidupan seharian pelajar

Pelan tindakan:
Matlamat umum: Pelajar dapat memahami konsep enzim
Objektif: Menerangkan ciri-ciri enzim yang unik dengan tepat beserta contoh konsep enzim

Langkah-langkah yang perlu diambil
· menggunakan animasi untuk menerangkan bagaimana proses itu berlaku
· menggalakkan interaksi antara pelajar dengan membentuk kumpulan perbincangan
· memberi contoh seperti kunci-mangga
· menggunakan permainan seperti Lego

Pengumpulan data
· permerhatian atas hasil perbincangan dan kerjasama pelajar
· sesi soal jawab
· latihan atau ujian

Pemantauan pelaksanakan
· berdasarkan jawapan dan respon yang diberi oleh pelajar melalui sesi soal jawab


Penilaian
· melalui refleksi
· melalui hasil penganalisan data latihan dan ujian

nama ahli:

Chiong Ai Hua

Tiun Siew Mond

Rasyidatun Naja Isa



Friday

Aktiviti 1

Refleksi ke atas masalah dalam diri selepas Bina Insan Guru II
Susah untuk berkomunikasi dengan orang lain

Penambahbaikan yang perlu dilakukan
Bergaul dengan lebih ramai orang

Pelan tindakan
Matlamat : Menjadi seorang yang fleksibel dan mudah didekati
Objektif : i. Meningkatkan cara berkomunikasi dengan betul
ii. Bergaul dengan lebih ramai orang dari pelbagai peringkat

Langkah-langkah yang perlu diambil:
· Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti
· Bergaul dengan lebih ramai orang
· Mendengar dan menerima pendapat orang lain
· Menambahkan maklumat melalui pembacaan untuk memudahkan komunikasi

Kaedah pengumpulan data dan pemantauan
· Mencatatkan aktiviti-aktiviti yang disertai
· Mencatat kemajuan dan kelemahan daripada aktiviti yang disertai
· Mendapatkan respon dari rakan-rakan terdekat

Penilaian
· Refleksi ke atas catatan kemajuan dan kelemahan.
· Menambah baik kelemahan dan membuat peneguhan ke atas kemajuan
· Muhasabah diri


Kuliah dua : 27 April 2009 - Reka Bentuk Kajian Tindakan

Seperti yang telah diterangkan secara ringkas dalam kuliah sebelum ini, reka bentuk kajian tindakan atau langkah-langkah bagi melaksanakan kajian tindakan secara amnya merangkumi 4 aspek utama iaitu :
· Merancang
· Melaksana
· Memantau
· Merefleks


Namun begitu, reka bentuk kajian tindakan adalah tidak tetap dan boleh diubahsuai mengikut situasi persekitaran bilik darjah. Bagi menyelesaikan dan menambah baik sesuatu permasalahan, sesuatu kajian tindakan akan melalui lebih dari 1 kitaran dan selalunya beberapa kitaran supaya hasil yang positif dapat dilihat. Contohnya, model kitaran Kemmis ini menunjukkan 2 kitaran.









Model kitaran Kemmis

Sebagai penambah baikkan daripada nota lepas, saya dapati bahawa:

Reflek - Dalam mengenalpasti sesuatu masalah adalah berdasarkan kepada refleksi guru terhadap amalan pengajarannya. Di sini, dia dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi atau untuk menambah baik dalam penyampaian pengajarannya. Maka, dari situlah masalah atau kekurangan yang timbul hasil refleksinya terhadap amalan pengajarannya.

Rancang - Setelah masalah dikenalpasti, guru selaku penyelidik haruslah membuat perancangan. Dalam membuat perancangan, guru perlu membuat rujukan, berkongsi dan berbincang dengan guru lain bagi mendapatkan lebih banyak cara atau strategi dalam mengatasi masalah atau kelemahan yang dihadapi.

Tindak - Setelah membuat perancangan yang rapi, guru melaksanakan rancangan terhadap pelajar. Pelajar bertindak sebagai responden kajian. Dari situ, guru boleh mengumpul maklumat dan data daripada respon pelajar melalui soal selidik mahupun data kualitatif iaitu merujuk kepada hasil pencapaian pelajar dalam subjek yang diajar oleh guru tersebut. Analisis daripada hasil pencapaian tersebut bolehlah dikemukakan dalam bentuk yang mudah difahami dan dijelaskan seperti bentuk graf. Walau bagaimanapun, guru-guru lain juga boleh bertindak sebagai respon kajian. Dengan ini, penyelidik dapat mengumpul lebih banyak data bukan sahaja melalui pemerhatian, malah juga melalui catatan daripada pendapat guru lain.

Reflek – Melalui data dan maklumat yang telah dianalisis menjadi pengetahuan, pengkaji boleh mengubahsuai strategi pengajaran supaya matlamat akhir dapat dicapai iaitu mengatasi masalah seterusnya menambahbaik dalam suatu kelemahan. Ini dapat dilaksanakan dengan mengulang proses kitaran.

Tugasan 1

Tajuk buku : Action Research in Teaching and Learning; A practical guide to conducting pedagogical research in universities

Pengarang : LinBold S. Norton

Tahun : 2009

Penerbit : Routledge