Konsep kajian tindakan
Suatu proses di mana guru selaku penyelidik membuat kajian ke atas aktiviti pendidikan bagi tujuan menambah baik secara sistematik dan berhati-hati menggunakan teknik penyelidikan.
Tujuan kajian tindakan adalah:
· Menambah pengetahuan
· Menambah baik amalan pengajaran
· Mendebatkan suatu polisi
· Membina kemahiran dalam melakukan penyelidikan
· Meningkatkan pencapaian pelajar
Jenis-jenis kajian tindakan
1) Individu – kajian masalah yang berlaku di dalam kelas sahaja
2) Kolaboratif – kajian satu masalah yang sama tetapi pada kelas yang berbeza
3) Sekolah – kajian masalah yang sama tetapi pada peringkat sekolah
4) Daerah – kajian masalah yang sama di sekolah-sekolah yang berlainan dalam satu daerah yang sama
Langkah-langkah yang terlibat dalam kajian tindakan
1. Mengenalpasti masalah atau aktiviti pendidikan yang hendak ditambah baik
2. Merancang
3. Bertindak mengikut rancangan
4. Memerhati untuk mendapatkan refleks dan mengumpul data
5. Refleksi melalui keberkesanan rancangan melalui analisis data
* Langkah 1 diulang sehingga kesan positif dapat dilihat
Contoh sendiri
Kajian tindakan individu dalam kelas
Masalah yang dikenalpasti:
Pelajar kurang aktif dalam kelas pada waktu tengah hari
Langkah-langkah:
Guru boleh memulakan sesi pembelajaran dengan membuat beberapa regangan yang diketuai oleh pelajar sendiri bagi mengelakkan pelajar mengantuk. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlaku, guru tidak hanya memberi kuliah berpandukan kepada isi pengajaran semata-mata, tetapi mengaitkan isi pengajaran dengan sesuatu yang disukai oleh pelajar dan mudah difahami oleh pelajar. Guru menyediakan aktiviti dalam kelas agar pelajar tidak bosan. Pemerhatian dilakukan dan data dikumpul. Data kemudiannya dianalisis. Seandainya rancangan ini berkesan, tindakan akan diteruskan. Namun sekiranya rancangan ini gagal, guru perlu mengubah strategi lain untuk menambah baik masalah tersebut.