Friday

Kuliah Ganti : Analisis Data - 9 Jun 2009 (Puan Sakinah)

::>Proses menggunakan data untuk memberi maklumat berguna untuk cadangkan kesimpulan dan sokong keputusan
::>Kajian tindakan MESTI ada sekurang-kurangnya 3 data untuk di analisis (kualitatif atau kuantitatif)
::>Dipersembahkan secara grafik

Langkah analisis data kuaLItatif
Langkah 1
-Data dilihat sekali lalu
-Nyatakan tema,isu atau faktor yang didengar
-Cari item yang berulang

Langkah 2
-Pilih 3 atau 4 tema/kategori
-Buat carta bukti atau matriks(cth:jadual tema atau contoh kata-kata)
-Guna kod warna yang belainan untuk kategori yang berbeza

Langkah 3
-Bincangkan tinjauan
-Baca tinjauan soal selidik, highlight kata kunci yang berkaitan dengan tema
-Rekodkan dapatan dalam carta matriks

Langkah 4
-Semak carta matriks
-Rekod pemerhatian pola yang muncul (samada pola konsep atau pola sikap)
-Tulis pola bawah matriks
-cth: temubual 2org pelajar (siapa yang cakap banyak)
'takut' disebut beberapa kali
sokongan bacaan jurnal

Langkah 5
-Buat kesimpulan
-Tulis kesimpulan samada bawah matriks atau kertas lain

Langkah 6
-Fikir langkah seterusnya
-Tinjauan (soal selidik lain), temu bual, penilaian
-Semak semula persoalan kajian
-Bina modul / aktiviti baru dan rekod dalam matriks
-Apa maklumat yang masih diperlukan:
i) atas pelajar
ii) atas kaedah
iii)maklumat latar belakang kajian

::>Kegunaan data dalam Plan-Do-Study-Act-Cycle


Kuliah 8 : Prosedur Kajian Tindakan - 8 Jun 2009 (Hjh Halimah Harun)

::>Perbincangan proposal kumpulan diteruskan. 7 kumpulan telah dipilih untuk membentangkan proposal mereka.
::>Daripada semua proposal yang dihantar, didapati tiada kajian literatur yang dikemukakan
::>Pensyarah telah memberi panduan untuk menambahbaik proposal

Bab 1
.:.Rasional kajian -kenapa kajian itu dibuat?
.:.Tujuan kajian -untuk apa kajian itu diadakan?
.:.Objektif kajian
.:Persoalan kajian (cth: Adakah kaedah lakonan dapat meningkatkan minat pelajar terhadap subjek Sejarah?)

Bab 2
Latar belakang kajian
Kajian Literatur

Bab 3
Prosedur - Kaedah dan Langkah-langkah
(gunakan kaedah permainan-agar pelajar tidak bosan)
Lampirkan Rancangan Harian Mengajar
Contoh Alat Bantu Mengajar

Bab 4
Pengumpulan data - survey, temubual, jurnal pelajar, gambar, dan PEMERHATIAN

Bab 5
Analilis data

Kuliah 7- Pembentukan Pernyataan Masalah dan Tujuan, Objektif dan Permasalahan Kajian

Pensyarah: Hajjah Halimah Harun
Tarikh: 1 Jun 2009

=>Beberapa kumpulan telah dipilih secara rawak untuk membentangkan proposal mereka.
=>Perbincangan dilakukan antara pelajar dan pensyarah
=>Pensyarah memberi komen untuk penambahbaikkan kertas kerja

=>Antara intisari penambahbaikkan yang diutarakan oleh pensyarah:
-dalam kajian tindakan, 'penghayatan' tidak boleh diukur. Oleh itu, ia perlu ditukar kepada minat
-ada juga kertas kerja yang ditolak kerana ia bukan berbentuk kajian tindakan, sebaliknya ia berbentuk latih tubi
-ada juga kertas kerja yang dipuji kerana memenuhi kriteria yang diperlukan dan diterangkan secara terperinci

=>Di akhir kuliah, pelajar diberi peluang oleh pensyarah untuk membuat luahan hati terhadap pembelajaran kuliah Kajian Tindakan

Thursday

Kuliah Ganti - Pengumpulan Data :29 Mei 2009 (Pn.Sakinah)

Pengenalan

::Usaha pengumpulan data adalah untuk memastikan kualiti yang tinggi

:: Sebab-sebab perlu mencapai kualiti yang tinggi adalah:
-tanggungjawab kepada pelajar
-keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain
-keperluan untuk membuat tindakan dan berubah kepada perkara bermanfaat dengan melakukan kajian tindakan

Criteria kualiti
::Sama dengan criteria jenis penyelidikan lain
::2 rukun sains untuk criteria kualiti iaitu KESAHAN & KEBOLEHPERCAYAAN

KESAHAN
.:.Merujuk kepada kebenaran data
.:.Untuk mengetahui sama ada data sebenarnya mengukur / mencerminkan fenomena khusus yang dikaji

KEBOLEHPERCAYAAN
.:.Berkait dengan ketepatan data
.:.Masalah kebolehkepercayaan dalam pendidikan selalu berlaku apabila data diambil dari sampel yang terlalu kecil
.:.Oleh itu, untuk penambahbaikan data kajian tindakan, kita perlu selalu bertanya:
-Adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat reality?
-Bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data?

5 Tahap Kajian Tindakan
1. Mengenalpasti masalah
2. Merancang tindakan
3. Melaksanakan tindakan dan memungut data
4. Menganalisis data
5. Mereflek

Alat Pengumpulan Data
>Pemerhatian (video tape)
>Nota guru dank omen
>Kerja pelajar
>Refleksi pelajar dan kerja pelajar
>Jurnal pelajar
>Ujian
>Tinjauan soal selidik
>Temuduga (audio tape)
>Buat senarai semak

Tugasan
.:.Kemaskini proposal yang telah dibuat sebelum ini khususnya pada bahagian pengumpulan data
.:.Pelajar akan dipanggil secara rawak untuk lihat perkembangan

Wednesday

Kuliah 6 : Proposal Kajian Tindakan (Hjh Halimah) -25 Mei 2009

Aktiviti 1
Menjawab semua soalan yang dikemukakan dalam sehelai kertas bersaiz A4:
-nama
-matrik
-alamat
-bidang pengkhususan
-status
-sebab anda ingin menjadi guru
-guru yang paling disukai dan sebabnya
-guru paling dibenci dan sebabnya
-tugas sebenar seorang guru
-lukis gambar pokok, tandatangan berserta tarikh lahir
Ulasan pensyarah: Sebab pelajar diminta untuk menjawab semua soalan yang dikemukakan adalah supaya guru mengenali pelajar secara personal. Tugas sebenar seorang guru adalah berkongsi ilmu dengan para pelajar.
“Education is a sharing profession. Share knowledge and experience.”
Tujuan kajian tindakan yang dilakukan oleh guru adalah untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik, serta meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran

Aktiviti 2
Perbincangan secara berpasangan. Refleksi tentang salah satu pembentangan kertas kerja berkaitan Kajian Tindakan semasa di Seminar Serantau, Klana Resort, Seremban.
Refleksi mestilah merangkumi :
-apa yang dibuat?
-mengapa ia dibuat?
-bagaimana ia dibuat?
Beberapa pasangan telah dipilih untuk membentangkan perbincangan di hadapan.
Tajuk yang telah dipilih (apa)
Pembelajaran Matematika dengan Pendekatan Pemecahan Masalah untuk Meningkatkan Kemampuan Berpikir Kritis dan Kreatif Siswa Kelas V Sekolah Dasar Pekanbaru.

Sebab dilakukan kajian tindakan (kenapa)
Untuk mengetahui adakah terdapat perbezaan terhadap kemampuan berfikir kritis dan kreatif dalam matematik antara pelajar yang menggunakan pendekatan pemecahan masalah dan pelajar yang menggunakan kaedah biasa.

Method (bagaimana)
Kajian ini menggunakan kaedah penelitian eksperimen untuk menguji pendekatan yang digunakan terhadap proses P&P subjek matematik di dalam bilik darjah.

Prosedur
Terdapat 2 sampel : kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.
Data diperoleh daripada ujian, pemerhatian dan juga soal selidik.

Secara kesimpulannya, terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kemampuan berfikir secara kritis dan kreatif terhadap pelajar yang memggunakan pendekatan pemecahan masalah dalam matematik dengan pelajar yang menggunakan pendekatan biasa.

Aktiviti 3
Bentuk kumpulan : Setiap kumpulan ada 5 pelajar yang pelbagai (bio+PI,lelaki+perempuan, Melayu+Cina)
Tugasan: Perbincangan menyediakan proposal kajian tindakan.

Tajuk: Meningkatkan Pencapaian Pelajar Tingkatan Tiga dalam Subjek Sejarah melalui Kaedah Lakonan.

Ahli kumpulan : Syaidatul Haini Mohd Radzi (P48676)
Saw Ying Yu (P48662)
Rasyidatun Naja Isa (P48623)
Nurkhalisah Mustapa (P48600)
Asparila Che Mat (P48577)