Wednesday

Kuliah 6 : Proposal Kajian Tindakan (Hjh Halimah) -25 Mei 2009

Aktiviti 1
Menjawab semua soalan yang dikemukakan dalam sehelai kertas bersaiz A4:
-nama
-matrik
-alamat
-bidang pengkhususan
-status
-sebab anda ingin menjadi guru
-guru yang paling disukai dan sebabnya
-guru paling dibenci dan sebabnya
-tugas sebenar seorang guru
-lukis gambar pokok, tandatangan berserta tarikh lahir
Ulasan pensyarah: Sebab pelajar diminta untuk menjawab semua soalan yang dikemukakan adalah supaya guru mengenali pelajar secara personal. Tugas sebenar seorang guru adalah berkongsi ilmu dengan para pelajar.
“Education is a sharing profession. Share knowledge and experience.”
Tujuan kajian tindakan yang dilakukan oleh guru adalah untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik, serta meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran

Aktiviti 2
Perbincangan secara berpasangan. Refleksi tentang salah satu pembentangan kertas kerja berkaitan Kajian Tindakan semasa di Seminar Serantau, Klana Resort, Seremban.
Refleksi mestilah merangkumi :
-apa yang dibuat?
-mengapa ia dibuat?
-bagaimana ia dibuat?
Beberapa pasangan telah dipilih untuk membentangkan perbincangan di hadapan.
Tajuk yang telah dipilih (apa)
Pembelajaran Matematika dengan Pendekatan Pemecahan Masalah untuk Meningkatkan Kemampuan Berpikir Kritis dan Kreatif Siswa Kelas V Sekolah Dasar Pekanbaru.

Sebab dilakukan kajian tindakan (kenapa)
Untuk mengetahui adakah terdapat perbezaan terhadap kemampuan berfikir kritis dan kreatif dalam matematik antara pelajar yang menggunakan pendekatan pemecahan masalah dan pelajar yang menggunakan kaedah biasa.

Method (bagaimana)
Kajian ini menggunakan kaedah penelitian eksperimen untuk menguji pendekatan yang digunakan terhadap proses P&P subjek matematik di dalam bilik darjah.

Prosedur
Terdapat 2 sampel : kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.
Data diperoleh daripada ujian, pemerhatian dan juga soal selidik.

Secara kesimpulannya, terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kemampuan berfikir secara kritis dan kreatif terhadap pelajar yang memggunakan pendekatan pemecahan masalah dalam matematik dengan pelajar yang menggunakan pendekatan biasa.

Aktiviti 3
Bentuk kumpulan : Setiap kumpulan ada 5 pelajar yang pelbagai (bio+PI,lelaki+perempuan, Melayu+Cina)
Tugasan: Perbincangan menyediakan proposal kajian tindakan.

Tajuk: Meningkatkan Pencapaian Pelajar Tingkatan Tiga dalam Subjek Sejarah melalui Kaedah Lakonan.

Ahli kumpulan : Syaidatul Haini Mohd Radzi (P48676)
Saw Ying Yu (P48662)
Rasyidatun Naja Isa (P48623)
Nurkhalisah Mustapa (P48600)
Asparila Che Mat (P48577)