Wednesday

Kuliah 3 : 4 Mei 2009- Pengurusan Perubahan dalam Pendidikan

Konsep
-Perubahan dalam bidang pendidikan memang tidak dapat dielakkan. Kadangkala perubahan yang berlaku akan mewujudkan ketidakpastian. Dalam arena pendidikan, ketidakpastian mesti di elakkan

-Pendidikan adalah suatu bidang yang dinamik dan medium perubahan dalam pendidikan adalah melalui kajian

-Dessler (1995) menyatakan 4 jenis perubahan:
i) Perubahan ke arah peningkatan (enhancement)
-Memberi kesan ke atas struktur organisasi
-Memperkenalkan teknologi baru
-Mengadakan program pembangunan staf

ii) Perubahan strategik organisasi
-Perubahan nilai teras organisasi
-Pembentukan semula misi dan visi
-Mendefinisikan semula staf dari segi peranan, tanggungjawab dan system ganjaran

iii) Perubahan reaktif
-Perubahan dari segi prosedur dan cara layanan akibat tindak balas pelanggan dan pihak berkepentingan

iv) Perubahan akibat daripada jangkaan
-Perubahan yang perlu dilakukan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetetif

Perubahan adalah suatu yang KOMPLEKS
-Perubahan dikaitkan dengan proses EVOLUSI & REVOLUSI
EVOLUSI : Perubahan yang perlahan dan menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh masa yang panjang.
REVOLUSI : Perubahan yang pantas dan meninggalkan kesan yang membinasakan
KOMPLEKSITI : Kerumitan perubahan adalah fokus bagi mendapatkan maklumat tentang perubahan dan tindakan yang perlu diambil untuk diimplementasikan perubahan

Perubahan itu MULTIDIMENSI
-6 dimensi yang perlu difahami:
1. Tujuan perubahan adalah untuk penambahbaikan
2. Unit perubahan terdiri daripada:
-individu
-kumpulan/pasukan
-jabatan
- organisasi
-sistem organisasi
-komuniti
Unit perubahan akan berganjak daripada individu kepada organisasi
Contoh: Perubahan yang dilakukan oleh kerajaan(system organisasi) diterjemahkan dalam medium bilik darjah kerana guru yang akan mengubah pelajar (individu)

3. Sifat perubahan
Daft (1983): Untuk mengubah unit besar, perlulah mengubah unit kecil. Untuk mengubah individu, mestilah dilakukan dengan usaha mengubah sikap dan tingkah laku

4. Magnitud perubahan
Chambers (1977): Perubahan secara besar-besaran sukar diimplimentasikan.
Perubahan secara kecil-kecilan adalah lebih mudah diimplimentasikan tetapi tidak menunjukkan impak yang signifikan

5. Skop perubahan
-Skop terhadap sejauh mana penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan penilaian

6. Jangka masa perubahan
-Kotler (2001): 3 jenis perubahan yang dilalui oleh pelanggan
1. Perubahan yang berlaku secara spontan, tidak memberi kesan yang mendalam
2. Perubahan minima dikecapi setelah melalui penentangan awal
3. Perubahan yang berterusan merupakan perubahan yang stabil, progresif dan kekal
-Chambers (1977): Perubahan adalah bentuk kitaran (10-15 tahun). Setiap kitaran bermula dengan tekanan, kemudian pengubahsuaian terhadap perubahan yang diimplimentasikan.

Model-model Perubahan
Model Roger (1995) : Bila ada masalah atau keperluan, baru berlaku perubahan. Masalah mungkin berdasarkan penyelidikan keadaan semasa, kerja makmal, atau jangkaan pebangunan akan datang


Model Kanter (1998): 4 tugas inovasi:-
1. Penjanaan idea
2. Membina idea
3. Realisasi idea
4. Pemindahan idea

Model Rand
-Berman dan McLaughlin berpendapat bahawa perubahan di sekolah melibatkan 3 langkah:
1. Daya usaha (initiation)
2. Implimentasi – mesti melakukan pemantauan
3. Penggabungan – gabungan perubahan dengan amalan yang sedia ada

Model ACOT
-Berdasarkan Projek Apple Classroom of Tomorrow (ACOT)
-Mempunyai 5 langkah perubahan dalam P&P:
1. Kemasukan (Entry level)
2. Memilih (Adoption)
3. Menyesuaikan (Adaptation)
4. Penggunaan (Appropriation)
5. Mereka cipta (Invention)