Saturday

Kuliah 4:11Mei 2009 - Kajian Kepustakaan

Kajian kepustakaan (literature review) adalah sorotan ke atas bahan-bahan literature seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan. Ianya dilakukan secara kritikal ke atas poin-poin yang dikemukakan. Untuk melakukan kajian kepustakaan kita memerlukan kemahiran membanding dan membeza.

Membanding dan membeza
Bermaksud mencari persamaan dan berbezaan berdasarkan criteria seperti sifat kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.

Kemahiran ini digunakan apabila:
-terdapat 2 atau lebih cirri atau kemungkinan
-untuk membuat pilihan atau keputusan

Langkah penggunaan:
-perhatikan dan beri tumpuan kepada satu atau beberapa cirri kajian tindakan. (sampel, setting, procedure, data collection, data analysis)
-kenalpasti ciri kajian tindakan
-tentukan kajian tindakan yang akan digunakan

Analisis
-Mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami konsep dan mencari makna tersirat
-Memahami hubung kait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat
-Menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir
-Menilai
-Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah

Digunakan untuk membuat kemahiran untuk:
-memilih sesuatu idea
-menerima atau menolak sesuatu idea

Rumusan / Kesimpulan
-Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian berdasarkan kepada hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan
-Untuk membuat keputusan dan menerangkan sesuatu

Mensintesis
Gabungan idea, unsure dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan atau esei.

link : www.3metaku.com