Friday

Kuliah dua : 27 April 2009 - Reka Bentuk Kajian Tindakan

Seperti yang telah diterangkan secara ringkas dalam kuliah sebelum ini, reka bentuk kajian tindakan atau langkah-langkah bagi melaksanakan kajian tindakan secara amnya merangkumi 4 aspek utama iaitu :
· Merancang
· Melaksana
· Memantau
· Merefleks


Namun begitu, reka bentuk kajian tindakan adalah tidak tetap dan boleh diubahsuai mengikut situasi persekitaran bilik darjah. Bagi menyelesaikan dan menambah baik sesuatu permasalahan, sesuatu kajian tindakan akan melalui lebih dari 1 kitaran dan selalunya beberapa kitaran supaya hasil yang positif dapat dilihat. Contohnya, model kitaran Kemmis ini menunjukkan 2 kitaran.









Model kitaran Kemmis

Sebagai penambah baikkan daripada nota lepas, saya dapati bahawa:

Reflek - Dalam mengenalpasti sesuatu masalah adalah berdasarkan kepada refleksi guru terhadap amalan pengajarannya. Di sini, dia dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi atau untuk menambah baik dalam penyampaian pengajarannya. Maka, dari situlah masalah atau kekurangan yang timbul hasil refleksinya terhadap amalan pengajarannya.

Rancang - Setelah masalah dikenalpasti, guru selaku penyelidik haruslah membuat perancangan. Dalam membuat perancangan, guru perlu membuat rujukan, berkongsi dan berbincang dengan guru lain bagi mendapatkan lebih banyak cara atau strategi dalam mengatasi masalah atau kelemahan yang dihadapi.

Tindak - Setelah membuat perancangan yang rapi, guru melaksanakan rancangan terhadap pelajar. Pelajar bertindak sebagai responden kajian. Dari situ, guru boleh mengumpul maklumat dan data daripada respon pelajar melalui soal selidik mahupun data kualitatif iaitu merujuk kepada hasil pencapaian pelajar dalam subjek yang diajar oleh guru tersebut. Analisis daripada hasil pencapaian tersebut bolehlah dikemukakan dalam bentuk yang mudah difahami dan dijelaskan seperti bentuk graf. Walau bagaimanapun, guru-guru lain juga boleh bertindak sebagai respon kajian. Dengan ini, penyelidik dapat mengumpul lebih banyak data bukan sahaja melalui pemerhatian, malah juga melalui catatan daripada pendapat guru lain.

Reflek – Melalui data dan maklumat yang telah dianalisis menjadi pengetahuan, pengkaji boleh mengubahsuai strategi pengajaran supaya matlamat akhir dapat dicapai iaitu mengatasi masalah seterusnya menambahbaik dalam suatu kelemahan. Ini dapat dilaksanakan dengan mengulang proses kitaran.